Okeh,mari kurangkan sikit stress memikirkan persediaan nak bertunang ni. Oh,baideway kelmarin (Sabtu lepas - 1 Sept 2012) Hani baru je pergi bersukaria di Sunway Lagoon.
Dengan siapa?
Dengan keluarga bakal mertua. Wah,terkejut kan?
Hani pun tak sangka Hani boleh pergi. Iyelah,sebelum ni bakal MIL(Mother In Law) asyik tanya je bila nak datang singgah rumah la,bila nak melawat la,Hani ni bukan apa,old-fashioned sikit. Bukan tak sporting,tapi orang-orang tua kata jangan dok menempel sangat dengan keluarga lelaki,nanti perkara tak diingini berlaku,tak ke malu! (Nauzubillah Min Zalik, Hani minta dijauhkan perkara cam gitu).
Memandangkan bakal FIL (Father-In-Law) bekerja di Sunway Lagoon, dia jemput Hani ke situ. PERCUMA! Eh,pantang tol Hani ni kalau benda percuma kan, tapi memula Hani segan gak. Hani siap cakap kat Bakal T cam gini ;
"Saya segan la, belum ada pape dah join-join semua aktiviti famili awak,nanti apa famili awak cakap,malu la"
Bakal T balas ni pulak;
"Habis tu yang saya datang kampung famili awak tu saya tak malu pun kan?"
Hani nak bangkang lagi;
"Memang la,awak tu kan lelaki. Lelaki takper,baru nampak sikit kesungguhan nak kat si gadis. Kalau saya ni,nampak terhegeh-hegehnyer,malu arrrr"
Bakal T kata;
"Dah-dah, tak kira,kena ikut gak. Mak pun asyik tanya pasal awak,nanti dia kecik hati cmner? Lagipun diorang tak kisah la,janji kita pandai jaga diri ok?"
Hani dah tak tahu nak bangkang apa dah, nanti dikata tak sudi pulak. Kalau kecik hati,lagi naya. Tak pasal-pasal di-blacklist dari jadi menantu kesayangan :P
Jadi Hani pun pergi je,memang seronok sekali sekala bergembira secara PERCUMA,tapi tak boleh la selalu. Segan,dan belum lagi ada cap mohor Rasmi yang Hani ni anggota keluarga mereka. Harap mereka paham niat baik Hani ni =)
.JPG) |
| Muka Hani nampak poyo kan? Haa cuba teka mana Bakal T Hani? =D |
Hani main game Extreme macam TomaHawk,memang nak muntah sebab dia lambung2 pastu gantung kita kat udara. Seram! Tapi tak de gambar la ye,maaf hihi
Kemudian kami pergi makan Makanan Indian Cuisine,Sagar tak silap nama restoran tu. Hani amik Set Capati. Tak tengok harga sebab tahu mahal :P Alhamdulillah bakal FIL belanja. Mana tak bertambah segan jadinya?
Kemudian baru kami pi mandi & main sukan air. Pelik kan,orang mandi dulu baru makan,kami makan dulu baru mandi :P
Dan sebagai penutup,kami masuk rumah hantu a.k.a Scream Park. Bagi Hani tak seram pun,hehe bukan berlagak tapi sebab masuk ramai-ramai jadi havoc bukan jadi seram. Bakal MIL jerit paling kuat =P
.JPG) |
| ni masa dah nak balik dah. Masing-masing muka penat,hehe |
Bakal T beriya sangat nak Hani main Pirates padahal lebih kurang sama dengan TomaHawk. Siap ajak pergi lagi lepas Raya Haji. Semangat sungguh. Tapi Hani tak pergi la kot,tengah sibuk dengan persiapan dah rasanya tuh.
Sudahnya,Hani balik dengan penuh rasa gatal-gatal di badan! Habis gatal satu badan walaupun dah mandi lagi sekali di Bilik Air. Kulit Hani sensitif kot dengan Kolam berklorin tinggi :( Buktinya masa zaman Universiti dulu pun badan Hani tumbuh gegata lepas mandi kat Kolam Renang Pusat Sukan UM. Sehari dua jugak lah jenuh menggaru macam kera dapat belacan. Hehe ;P
Kesimpulannya bakal family in law Hani sangat sporting & supportive & friendly giler,mungkin ini cara mereka nak merapatkan hubungan sebelum masuk keluarga diorang secara rasmi kan? After all of this, I'm Happy ! =)
Oh ya, Happy Birthday kepada Bakal T yang jatuh pada Hari Merdeka! =D